Pembaca WPK

Selasa, Oktober 26, 2010

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

1.0 Pengenalan

Strategi pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen penting dalam usaha guru untuk membimbing murid-murid berkeperluan khas. Dengan adanya strategi, seseorang guru akan lebih tertumpu dan teratur dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Seharusnya strategi pengajaran dan pembelajaran ini menjadi satu usaha berkesan dan menarik murid-murid berkeperluan khas.

Strategi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran :

1.1 Bahasa Melayu

1.2 Matematik

1.3 Bahasa Inggeris

1.4 Pengurusan Diri

1.5 Kemahiran Hidup (Pertukangan Kayu, Perkebunan, Masakan, Jahitan, Pemeliharaan binatang dan Asas Mendobi )

1.6 Agama

1.7 Pendidikan Moral

1.8 Pendidikan Muzik

1.9 Pendidikan Seni

1.10 Pendidikan Jasmani

1.11 Sains dan Alam Sekitar

1.12 Teknologi Maklumat dan Komunikasi

1.13 Pengurusan Tingkahlaku

1.14 Pengurusan Manipulatif

 

MATAPELAJARAN : BAHASA MELAYU

Tajuk : Mengamati bunyi-bunyian

Kemahiran : Bertindak balas terhadap bunyi-bunyian yang melambangkan sesuatu seperti kecemasan, siren, polis dan bomba.

Bahan Bantu Mengajar :

1. Benda-benda maujud

2. Kad gambar

3. Kad perkataan

Langkah-langkah :

1. Murid-murid diperdengarkan bunyi-bunyian daripada pita rakaman.

2. Murid-murid di minta mengecam dan menamakan bunyi yang didengar.

3. Bersoal jawab tentang bunyi yang didengar.

4. Guru menunjukkan kad gambar yang mengandungi gambar-gambar dari bunyi pita rakaman.

5. Murid membunyikan mengikut gambar.

6. Latihan memadankan gambar dengan bunyi.

 

Tajuk : Mengamati dan menggunakan bunyi bahasa.

Kemahiran : Membezakan bunyi vokal.

Bahan Bantu mengajar :

1. Kad huruf vokal

2. Kad gambar

3. Lembaran kerja

Langkah-langkah :

1. Guru menunjukkan kad-kad huruf.

2. Murid menyebut huruf yang ditunjukkan.

3. Murid menyebut huruf beserta bunyinya. Contoh a bunyinya A A a……

4. Membezakan bunyi dua vokal melalui kad huruf.

5. Memadankan bunyi vokal dengan kad gambar.

6. Latihtubi menyebut dan membunyikan huruf vokal.

7. Latihan memadankan huruf vokal dengan gambar melalui lembaran kerja.

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Tajuk : Memahami bahasa perhubungan

Kemahiran : Memahami ayat-ayat seperti arahan kepada rakan- rakan.

Bahan-bantu mengajar :

1. Kad ayat

2. Kad gambar

3. Lembaran kerja

Langkah-langkah :

1. Murid melakukan arahan yang diberi oleh guru. Contohnya, suruh murid berdiri tegak, duduk dan lain-lain.

2. Bersoal jawab tentang aktiviti yang telah dibuat.

3. Melakukan aktiviti kumpulan seperti seorang murid memberi arahan dan ahli kumpulan mengikut arahan tersebut. Contoh : “Sila duduk, sila berdiri, masukkan kerusi ke dalam meja dll “

4. Latihtubi – melakukan arahan yang pelbagai. Contoh : Tolong senyap, simpan buku dll.

5. Latihan melalui lembaran kerja.

 

Tajuk : Bertanya atau menyoal

Kemahiran : Menggunakan soalan yang mudah dan pelbagai jenis  serta berstruktur seperti mengenai diri, keluarga dan hobi.

Bahan Bantu Mengajar :

1. Kad gambar – aktiviti seperti berlari, memasak, membaca dll.

2. Kad perkataan – (apa, siapa, di mana, mengapa)

Langkah-langkah :

1. Guru bercerita tentang kejadian semasa contoh : Apa yang berlaku di tapak perhimpunan – murid pengsan.

2. Bersoal jawab dengan menggunakan pelbagai jenis soalan seperti “ Siapa yang pengsan? “,” Mengapa?”, dan lain-lain.l.

3. Guru menunjukkan gambar. Contoh : Ibu sedang memasak.

4. Latihtubi membina soalan dari gambar. Contoh : “ Ini gambar apa?” , Siapa yang memasak?” dll.

5. Tunjukkan gambar-gambar lain dan minta murid membina soalan.

6. Latihan melalui lembaran kerja.

 

Tajuk : Bercerita tentang diri dan persekitarannya secara  lisan

Kemahiran : Bercerita berpandukan gambar, cerita dan peristiwa.

Bahan Bantu Mengajar :

1. Model sebenar – murid / guru

2. Papan putih / hijau

Langkah-langkah :

1. Guru bercerita tentang dirinya ( nama, umur, tempat tinggal, hobi, keluarga dan lain-lain )

2. Minta setiap murid bercerita tentang diri masing-masing.

3. Aktiviti bersoal jawab antara murid dengan murid.

4. Latihan bertulis mengenai diri sendiri berpandukan penerangan guru.

 

Tajuk : Memahami maksud notis pada papan tanda.

Kemahiran : Memahami isyarat / tanda-tanda jalan raya, papan-papan tanda dan notis.

Bahan Bantu Mengajar :

1. Kad arahan berbentuk notis atau papan tanda.

2. Lembaran kerja

Langkah-langkah :

1. Guru menunjukkan arahan berbentuk notis dengan menggunakan pita video atau cakera padat. Contoh : papan tanda pada jalan raya, tempat-tempat awam dan rekreasi.

2. Bersoal jawab tentang arahan-arahan yang dilihat dari pita Rakaman / cakera padat.

3. Menama dan mengecam papan-papan tanda dan notis melalu iaktiviti lawatan ke persekitaran sekolah.

4. Aktiviti pengukuhan – mengingat kembali arahan-arahan yang telah dilihat .

5. Latihan melalui lembaran kerja.

 

Tajuk : Mengingat kembali

Kemahiran : Menyebut nama objek seperti perkakas dalam bilik darjah, gambar keluarga dan rajah bentuk geometri.

Bahan Bantu Mengajar :

1. Benda-benda maujud.

2. Lembaran kerja

Langkah-langkah :

1. Menamakan benda-benda yang terdapat di dalam kelas.

2. Guru mencatat nama-nama benda yang disebut oleh murid di papan hitam.

3. Murid membaca catatan guru di papan hitam.

4. Guru memadam semua perkataan yang ditulis dan minta murid menyebut semula perkataan tadi.

5. Aktiviti pengukuhan – adakan Permainan Mengingat Kembali (Permainan Kim) contoh :

i. meletakkan pelbagai jenis barang dalam sebuah bekas

ii. murid diberi masa satu minit untuk melihat barang tersebut.

iii. murid menyebut lima barang yang terdapat dalam bekas.

6. Latihan melalui lembaran kerja.

 

Tajuk : Mengecam bentuk dan gambar

Kemahiran : Mengenal pasti dan membezakan bentuk, rajah dan gambar.

Bahan Bantu Mengajar :

1. Benda maujud

2. Kad bentuk dan gambar

3. Lembaran kerja

Langkah-langkah :

1. Bersoal jawab dengan murid tentang benda-benda di dalam kelas dari segi bentuk ( segi empat, segi tiga, bulat, bujur dan lain-lain )

2. Minta murid memadankan kad-kad bentuk dengan benda-benda di dalam kelas (seperti meja – kad segi empat, jam - kad bulat )

4. Guru membimbing murid membina ayat mudah berpandukan tajuk.

Contoh : Bola ini bulat.

Bentuk meja saya segi empat.

5. Latihan pengukuhan melalui lembaran kerja.

KEMAHIRAN MEMBACA

Tajuk : Berbahasa menggunakan perkataan kvkv.

Kemahiran : Menggunakan perkataan kvkv.

Bahan Bantu Mengajar :

1. Kad-kad perkataan

2. Kad gambar.

3. Lembaran kerja

Langkah-langkah :

1. Murid menamakan gambar-gambar yang ditunjukkan oleh guru.

Contoh : baju, batu, buku, bola dll.

2. Murid menamakan gambar dan kad perkataan yang ditunjukkan guru.

3. Ulang aktiviti ini beberapa kali sehingga murid dapat menyebut perkataan tanpa melihat gambar.

4. Murid menyebut perkataan mengikut suku kata. Contoh :

baju : ba – ju, batu : ba – tu, dll.

5. Latihan pengukuhan melalui lembaran kerja.

 

Tajuk : Membaca dan memahami teks mudah.

Kemahiran : Membaca ayat mudah.

Bahan bantu mengajar :

1. Kad-kad ayat

2. Kad bacaan

Langkah-langkah :

1. Tunjuk kad perkataan dan kad ayat. Guru membimbing murid membaca kad-kad tersebut. Contoh :

buku

clip_image001

2. Latihtubi membaca secara kumpulan dan individu.

3. Latihtubi menyusun ayat mengikut turutan.

4.

Buku

Ini buku

Ini buku Abu

Murid membaca kad bacaan yang sama secara individu. Contoh :

5. Latihan melalui lembaran kerja.

KEMAHIRAN MENULIS

Tajuk : Menulis

Kemahiran : Menulis nama, alamat dan nombor telefon.

Bahan Bantu Mengajar :

1. Lembaran kerja

Langkah-langkah :

1. Bersoal jawab dengan murid mengenai latar belakang mereka.

Contoh : nama, alamat, nombor telefon, ahli keluarga dll.

2. Murid diminta menulis nama, alamat dan nombor telefon di papan hitam secara individu.

3. Latihan menulis pada sehelai kertas.mengikut susunan yang ditunjukkan. Contoh :

Nama : Aminah bt Hassan

Alamat : 2, Jalan Sekolah, Kg. Baru,

81100 Johor Bahru.

Nombor telefon : 07-3333456

4. Latihan menulis di lembaran kerja.

 

Tajuk : Mengenal, mengeja, membaca, memahami dan mengingati senarai perkataan.

Kemahiran : Menyenaraikan perkataan mengikut jenis seperti

KV+KVK.

Bahan Bantu Mengajar :

1. Kad perkataan KV+KVK

2. Kad suku kata

3. Kad gambar

4. Lembaran kerja

Langkah-langkah :

1. Murid menamakan gambar yang ditunjukkan oleh guru.

Contoh : botol, cawan, keris, lipas dan rumah.

2. Murid menyebut perkataan mengikut suku kata.

Contoh : bo + tol, ca + wan.

3. Guru mencantumkan kad suku kata dan minta murid menyebutnya.

4. Latih tubi mencantum dan membaca kad-kad suku kata yang diberi.

5. Latihan menyalin perkataan-perkataan yang telah dibaca.

6. Latihan melalui lembaran kerja.

 

Tajuk : Mengetahui sistem ejaan

Kemahiran : Menyenaraikan perkataan ( kata nama khas ).

Bahan Bantu Mengajar :

1. Kad perkataan ( nama khas ).

2. Lembaran kerja

Langkah-langkah :

1. Bersoal jawab dengan murid mengenai nama-nama rakan dan benda di dalam kelas dan tempat yang diketahui.

2. Guru mencatat perkataan-perkataan yang disebut di papan hitam.

3. Murid membaca perkataan-perkataan tersebut.

4. Guru menerangkan tentang nama khas seperti nama orang dan nama tempat.

5. Murid mengecam dan menanda nama khas yang tercatat di papan hitam.

6. Latihan menyalin kata nama khas di dalam buku catatan.

7. Latihan melalui lembaran kerja.

 

Tajuk : Menulis ayat secara terkawal dan berpandu.

Kemahiran : Menulis ayat secara terkawal dan berpandu

Bahan Bantu Mengajar :

1. Rajah tukar ganti

Langkah-langkah :

1. Guru menunjukkan rajah tukar ganti pada carta ayat.

2. Murid membaca perkataan dengan bimbingan guru.

Contoh :

Emak

Ali

Bapa

memasak

membasuh

membaca

membeli

surat khabar

pakaian

nasi

buku

pinggan

sayur

3. Latihtubi membina ayat dari rajah tukar ganti.

4. Latihan membina ayat secara bertulis.

 

Tajuk : Menulis pesanan

Kemahiran : Menulis surat pesanan

Bahan Bantu Mengajar :

1. Contoh surat pesanan

Langkah-langkah :

1. Bersoal jawab dengan murid tentang kepentingan pesanan dalam kehidupan seharian.

2. Murid membaca contoh-contoh surat pesanan yang tertera di papan hitam.

3. Latihtubi membina pesanan sendiri. Contoh : “ Siti, tolong belikan nasi lemak di kantin”.

4. Latihan menulis pesanan ke dalam buku latihan.

 

Tajuk : Surat dan kad ucapan

Kemahiran : Menulis kad ucapan

Bahan Bantu Mengajar :

1. Contoh kad ucapan

2. Peralatan seni dan kad manila

Langkah-langkah :

1. Bersoal jawab tentang kegunaan kad ucapan.

2. Guru menunjukkan contoh kad ucapan.

3. Membina kad ucapan dengan bimbingan guru.

4. Mempamerkan hasil kerja.

P6160050

Kredit : Bahagian Pendidikan Khas

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

satu blog yang sangat lengkap dan sesuai untuk dijadikan panduan.

makcik berkata...

salam, ini Tajuk tu dalam KBSR ker?dalam KSSR ada tak?

Catat Ulasan

Pihak Wasilah Pendidikan Khas menggalakkan kepada pembaca memberi komen dengan memilih pilihan nama/URL supaya pautan blog atau laman sesawang milik saudara dapat dikongsi.

Pendirian kami

Perkongsian ilmiah mestilah berlandaskan keikhlasan dan rasa cinta terhadap budaya ilmu.

Pihak kami memohon pembaca supaya tidak mengamalkan amalan plagiat dalam menyiapkan tugasan dengan menyalin bulat-bulat daripada blog ini.

Setiap salinan artikel atau petikan daripada blog ini ke laman sesawang, akhbar, blog peribadi, artikel dan tugasan mestilah dipautkan ke blog ini sebagai kredit.

Jasa baik dan kerjasama semua pembaca amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.