Pembaca WPK

Rabu, Oktober 27, 2010

Penyertaan WPK dalam Pertandingan Inovasi IPG Kampus Bahasa Melayu 2010

Penyertaan WPK dalam Pertandingan Inovasi IPG Kampus Bahasa Melayu 2010

“Inovasi Pedagogi Pemacu Kualiti Profesionalisme Keguruan”

Begitulah tema Pertandingan Inovasi IPG Kampus Bahasa Melayu 2010. Pertandingan ini diadakan pada 27 dan 28 Oktober 2010 di Dewan Za’ba bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang.

Seramai 48 kumpulan yang menyertai pertandingan ini. Kategori pertandingan pula dibahagikan kepada guru pelatih, gabungan pensyarah dan guru pelatih serta pensyarah.

 

Objektif pertandingan ialah:

  1. Menggalakkan kreativiti dan inovasi pensyarah dan pelajar selaras dengan keperluan terkini.
  2. Menggalakkan persaingan menghasilkan teknologi pembelajaran yang berkualiti.
  3. Menghasilkan penemuan baharu yang menarik.
  4. Menambahkan ilmu, bahan dan teknologi dalam pedagogi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pihak Wasilah Pendidikan Khas menggalakkan kepada pembaca memberi komen dengan memilih pilihan nama/URL supaya pautan blog atau laman sesawang milik saudara dapat dikongsi.

Pendirian kami

Perkongsian ilmiah mestilah berlandaskan keikhlasan dan rasa cinta terhadap budaya ilmu.

Pihak kami memohon pembaca supaya tidak mengamalkan amalan plagiat dalam menyiapkan tugasan dengan menyalin bulat-bulat daripada blog ini.

Setiap salinan artikel atau petikan daripada blog ini ke laman sesawang, akhbar, blog peribadi, artikel dan tugasan mestilah dipautkan ke blog ini sebagai kredit.

Jasa baik dan kerjasama semua pembaca amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.