Pembaca WPK

Jumaat, Oktober 22, 2010

Kenali Disleksia

Kenali Disleksia DEFINISI

Perkataan Disleksia (dyslexia) adalah hasil gabungan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah ‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori ini.

 

Seorang Profesor Berlin merangkap seorang pakar perubatan dan ‘ophalomotologist’ telah memperkenalkan perkataan ‘Disleksia’ pada tahun 1887 (Hammond dan Hugges, 1996:3)

Disleksia ialah satu ‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek

World Federation Of Neurology, 1968

Selain itu, terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, di antaranya ialah;

  • Diskalkulia (Dyscalculia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik
  • Disgrafia (Dysgraphia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa
  • Dispraksia (Dyspraxia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam koordinasi motor – mata – tangan 

 

APA ITU DISLEKSIA

Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap di sebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan.

Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.

 

SIAPA YANG MENGALAMI DISLEKSIA

Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diwarisi daripada ibu bapa kepada kanak-kanak.

 

JENIS-JENIS DISLEKSIA

Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu;

  1. Disleksia visual (penglihatan) – Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik.
  2. Disleksia auditori (pendengaran) – Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi  percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh dislaksia auditori
  3. Disleksia visual – auditori – Kesukaran membaca yang amat teruk kerana mempunyai kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio

 

PUNCA-PUNCA DISLEKSIA

Mengikut Mercer (1997); Hammond dan Hughes (1996) dan Spaafford dan Grosser (1996), antara punca-punca disleksia ialah;

  1. Keturunan atau genetik – Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi, cuma yang membezakannya adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia disebabkan oleh kromosom 1, 15 dan 16 yang boleh diwarisi secara turun-temurun.
  2. Biologi – Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosakan ini minimum.
  3. Kematangan – Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sistem saraf. Pada kebiasannya, kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak perempuan. Kelewatan kematangan pada kanak-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia.

 

CIRI-CIRI DISLEKSIA

Peringkat kanak-kanak

Masalah yang dihadapi

Prasekolah

  1. Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan
  2. Suka mengganti perkataan dan hiperaktif
  3. Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah
  4. Serigkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari
  5. Tidak merangkak semasa bayi
  6. Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri
  7. Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalan

6 hingga 9 tahun

  1. Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor
  2. Menggunakan jari untuk mengira dan membaca
  3. Keliru dengan kiri dan kanan
  4. Tulisan cermin atau terbalik

9 hingga 12 tahun

  1. Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman
  2. Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan
  3. Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks
  4. Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang
  5. Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah
  6. Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa

Sekolah Menengah

  1. Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten
  2. Kesukaran menulis karangan
  3. Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral
  4. Kesukaran mempelajari bahasa lain
  5. Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan
  6. Jenis orang yang suka senyap
  7. Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten
  8. Kurang kemahiran bersosial

 

MASALAH YANG DIHADAPI OLEH KANAK-KANAK DISLEKSIA

Kenali Disleksia

Masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia ialah mengikuti proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;

  1. Mengeja – Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka masa yang panjang, kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;
      • m – w
      • y – g – j
      • u – n
      • m – n
      • c – e
      • p – q
      • h – n
      • b – d
  2. Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti;
      • t – h
      • f – v 
  3. Membaca – Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka censerung menterbalikkan perkataan seperti;
      • batu – tuba
      • gula – lagu
  4. Selain itu, mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut;
      • pada masa yang sama – dapa sama yang masa
  5. Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut;
      • jam (BI) – jem (BM)
      • cat (BI) – cat (BM) 
  6. Menulis – Kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Selain itu, mereka cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik.
  7. Bercakap dan mendengar – Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.
  8. Nombor – Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut;
      • 3 – 5 – 8
      • 9 – 6
  9. Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial – Pakaian mereka sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut. Sebenarnya mereka kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi seringkali terdsalah anggap dan dilabel sebagai pemalas dan kelihatan bodoh. Ada juga skop penglihatan yang terhad dengan masalah yang dihadapinya ialah keliru antara depan, belakang, kiri, kanan, atas, bawah serta pengamatan yang lemah.

 

LANGKAH MEMBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA

Kenali Disleksia

          • Membawa berjumpa dengan pakar psikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan intervensi untuk menanganinya.
          • Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.
          • Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi.
          • Sentiasa sabar melayani kerenah mereka yang kecewa dengan kegagalan yang berterusan.
          • Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa di tempat persekolahan anak.
          • Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika.
          • Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap prihatin dalam mengekalkan suasana harmoni.
          • Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik.
          • Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri.
          • Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian. Contohnya, bagus atau pandai.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pihak Wasilah Pendidikan Khas menggalakkan kepada pembaca memberi komen dengan memilih pilihan nama/URL supaya pautan blog atau laman sesawang milik saudara dapat dikongsi.

Pendirian kami

Perkongsian ilmiah mestilah berlandaskan keikhlasan dan rasa cinta terhadap budaya ilmu.

Pihak kami memohon pembaca supaya tidak mengamalkan amalan plagiat dalam menyiapkan tugasan dengan menyalin bulat-bulat daripada blog ini.

Setiap salinan artikel atau petikan daripada blog ini ke laman sesawang, akhbar, blog peribadi, artikel dan tugasan mestilah dipautkan ke blog ini sebagai kredit.

Jasa baik dan kerjasama semua pembaca amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.