Pembaca WPK

Memaparkan catatan dengan label Kemahiran lisan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kemahiran lisan. Papar semua catatan

Sabtu, Mei 07, 2011

Masalah Pengajaran Bahasa Dalam Kemahiran Lisan

Masalah Pengajaran Bahasa Dalam Kemahiran Lisan PENGENALAN

Lisan merupakan satu daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Jika ditinjau dengan teliti, dalam lisan terdapat dua aspek kemahiran kecil iaitu Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur.  Kanak-kanak mula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan dialaminya. Dia akan cuba meniru serta menuturkannya berulang-ulang.

 

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM LISAN

(i) Kemahiran Mendengar

Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya dapat mengecam, mengenal dan mengamatinya; Iaitu mengenal dan mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa yang berlainan. Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi-bunyi ini bergantung kepada faktor-faktor fisiologi serta neurologi pendengaran setakat mana kadar pendengarannya dan pengamatan pendengarannya.  Secara ringkasnya seseorang itu boleh dikatakan mempunyai kemahiran mendengar jika ia boleh:

  • Mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa.
  • Mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa.
  • Memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan.
  • Memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa.
  • Mendengar secara kritikal.
  • “auding”
  • Mengikut arahan.
  • Memahami urutan atau sekuan.
  • Mengingat kembali.
  • Menentukan idea utama / terpenting.
  • Membuat inferen dan penyeluruhan atau kesimpulan.

(ii) Kemahiran Bertutur

Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara), jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan ”suprapenggalan” ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi sesetengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna.

Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

 

PENGESANAN DAERAH KELEMAHAN LISAN

Guru boleh mengesan kelemahan murid dengan mengamati setiap sebutan dan intonasi  pertuturan mereka ketika menjalankan gerakerja / aktiviti lisan.Guru boleh membuat pengesanan khusus dengan merangka, membina serta melaksanakan ujian lisan yang antara lain akan menguji keupayaan murid untuk:

  • Mengamati bunyi-bunyi bukan bahasa.
  • Mengamati bunyi-bunyi bahasa dan lain-lain elemen linguistik bahasa.
  • Memahami konsep dan maksud perkataan / ayat.
  • Melakukan ”auding” yang merangkumi aspek-aspek pengamatan pendengaran.
  • Mendengar secara kritikal.

Guru boleh mengesan atau menguji kemahiran lisan murid dengan menganalisa rakaman-rakaman yang dibuat berdasarkan kepada sebutan-sebutan atau pengujaran murid-murid. Guru juga boleh menguji kefahaman murid mengenai perkara-perkara yang didengarnya dengan menyediakan item-item soalan yang khusus berkaitan ”auding”.

 

KAEDAH MENGATASI MASALAH  LISAN

  1. Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh murid-murid.
  2. Guru mempergiatkan lagi gerakerja / aktiviti lisan untuk murid.
  3. Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama kelemahan khusus murid-murid.
  4. Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.
  5. Guru menjalankan peneguhan serta pengukuhan serta merta.
  6. Guru menggabungjalinkan lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan dalam pengajaran dan pembelajaran.
  7. Guru mewujudkan situasi-situasi yang menggalakkan murid berinteraksi melalui susun atur tempat duduk, pertandingan dan sebagainya

Ahad, Oktober 17, 2010

Kemahiran Bercerita

Kemahiran Bercerita Kemahiran Lisan:

  • Bahasa – mudah ke abstrak, kosa kata baru/ungkapan diulang-ulang
  • Suara – jelas, lantang, bervariasi (suara kanak-kanak, orang dewasa, orang tua,haiwan)
  • Sebutan – jelas, tepat, kelajuan sesuai
  • Nada dan intonasi – sesuai dengan watak dan situasi

Kemahiran bukan lisan

  • Mimik muka – sesuai dengan emosi
  • Hubungan mata – untuk menarik perhatian dan mengekalkan tumpuan
  • Bahasa Badan – gerak anggota untuk menjelaskan cerita dan tidak keterlaluan
  • Peka dengan reaksi pendengar dan gangguan

KRITERIA PEMILIHAN CERITA

  1. Mempunyai mesej, pengajaran & nilai-nilai murni
  2. Tema yang mudah, menarik & sesuai dgn minat kanak-kanak
  3. Plot yang mudah, kronology & ‘happy ending’
  4. Bahasa yang mudah, pengulangan kata & ayat mudah / pendek
  5. Kosa kata baru dapat ditambah / dikembangkan
  6. Melibatkan watak kanak-kanak
  7. Menonjolkan watak yang boleh dicontohi
  8. Dapat meransangkan minda untuk idea kreatif (KBKK)
  9. Mudah dihafaz dan disampaikan dalam jangka masa pendek
  10. Bersifat universal

TEKNIK BERCERITA

Sesuai dengan:

  • Kebolehan kanak-kanak
  • Masa (tidak terlalu panjang)
  • Ruang dan tempat
  • Suasana
  • Persekitaran (tiada gangguan bising)
  • Peralatan cerita
  • Bentuk dan jenis cerita
  • Kemampuan pencerita

PERSEKITARAN BERCERITA

  • Dalam bilik prasekolah di Sudut Bercerita
  • Luar bilik darjah: di bawah pokok, di taman, di Pondok Prasekolah/Cerita

CONTOH TEKNIK BERCERITA

  1. Bercerita tanpa alat
  2. Bercerita berpandu
  3. Bercerita berdasarkan gambar bersiri
  4. Bercerita menggunakan bahan maujud
  5. Teka-teki
  6. Teater bercerita
  7. Boneka

CADANGAN PERALATAN BERCERITA

  1. Buku besar
  2. Beg bercerita
  3. Gambar bersiri
  4. Boneka
  5. Kad Cantuman
  6. Kostum
  7. Poster
  8. Topeng
  9. Alat muzik/audio/vcd dll.

Prosedur Menyediakan Peralatan Bercerita

  1. Sesuai dengan cerita dan objektif P&P
  2. Dibina daripada bahan yang mudah, murah, tahan lama
  3. Warna yang terang, menarik & merangsang indera
  4. Melibatkan pelbagai deria
  5. Tidak membahayakan kanak-kanak
  6. Penggunaan bahan maujud dan sumber alam
  7. Boleh dipelbagaikan kegunaan
  8. Mudah digunakan dan disimpan

Pendirian kami

Perkongsian ilmiah mestilah berlandaskan keikhlasan dan rasa cinta terhadap budaya ilmu.

Pihak kami memohon pembaca supaya tidak mengamalkan amalan plagiat dalam menyiapkan tugasan dengan menyalin bulat-bulat daripada blog ini.

Setiap salinan artikel atau petikan daripada blog ini ke laman sesawang, akhbar, blog peribadi, artikel dan tugasan mestilah dipautkan ke blog ini sebagai kredit.

Jasa baik dan kerjasama semua pembaca amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.